kau pernah datang minta peluang
untuk diberi sedikit sayang
aku mula buka peluang
kau terima dgn girang
namun sayang,
belum sempat kasih disemai,
aku mula menghilang
aku tinggalkan kau dengan bayang
berseorang.
kini kita bertemu semula
kau seolah biasa dan terima dengan rela
seolah aku tak pernah mengecewa
namun entah mengapa,
dengan tak semena,
dihati aku terputik cinta.
mengapa cinta itu hadir semudah ini?
sedangkan aku takpasti adakah aku masih dihati?
kini, bila karma mendatang,
aku mula gila bayang.
rasa ini terus hadir,
melarat tanpa jangka.
Mengapa begini?
Cintakah ini?
atau sekadar serbasalah yang menghuni?
aku cuba menarik perhatian
agar kau mula perasan
akan keadaan hati
yang mula jatuh hati.
namun kau seolah buta tuli
atau sengaja tak mahu peduli?
bila karma menjengah,
tiba masa
aku terima
apa yg pernah kau rasa.

0 komen:
Post a Comment