Saturday, 28 June 2014

Permulaan.

Bila namanya puasa,

terlalu banyak yang harus dijaga.

Tak boleh makan sehingga senja,

harus terus tahan dahaga,

selalu jaga mulut agar tak binasa,

harus terus ibadat sesempurnanya.


ramai kata,

puasa menjadikan manusia ini hipokrit,

bulan puasa saja semua terhad,

banyak yg tak dapat kau buat

semata kerana kau berpuasa.

harus jaga segalanya,

karang nanti sia sia.


tak,

sebenarnya puasa ini permulaan,

untuk kau bersiap sedia jumpa Tuhan,

perlahan-pelahan kau ubah kehidupan,

tetapkan dalam hati,

biar terus istiqamah dalam kebaikan,

dan tinggal segala kemungkaran yg dilakukan.


moga ini bukan puasa terakhir buat kita,

moga tuhan selalu aja beri kesempatan

moga kita akan terus hidup sebagai manusia yg berguna.


Selamat berpuasa semua!

Moga kau aku dan mereka dalam redha Dia.


Bismillahirrahmanirrahim.


0 komen: